Sunday 8 April 2012

BAB 9: PERGERAKAN BUMI DI DALAM SISTEM SURIA


BAB 9 – PERGERAKAN BUMI DI DALAM SISTEM SURIA

Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim

Putaran Bumi
-          merupakan pergerakan bumi dari barat ke timur pada paksinya.
-          satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam atau sehari.
-          Kesan-kesan putaran bumi:
a)      kejadian siang dan malam
b)      air pasang dan air surut
c)      pembiasan angin
d)     pembiasan arus lautan

Peredaran Bumi
-          peredaran bumi ialah pergerakan bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya.
-          Satu peredaran bumi mengambil masa selama 365 ¼ hari atau setahun.
-          Kesan peredaran bumi:
a)      kejadian 4 musim dalam setahun
b)      siang dan malam yang tidak sama panjang
c)      kedudukan matahari tepat pada waktu tengah hari berbeza mengikut tempat.


Cuaca dan Iklim Negara Malaysia

-          Malaysia terletak di kawasan yang berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa dan mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun.
-          Ciri-ciri iklim Malaysia dapat dikenal pasti dari segi
a)      Suhu
-          suhu di Malaysia tinggi dan agak sekata sepanjang tahun
-          min suhu tahunan kira-kira 27oC
-          julat suhu tahunan adalah kecil antara 1oC – 2oC

b)      angin
-          Malaysia mengalami 2 jenis tiupan angin iaitu
i)                    angin Monsun Timur Laut
-

ii)                  angin Monsun Barat Daya
-           
c)      hujan


BAB 8 :Halangan Bentuk Muka Bumi terhadap Kegiatan Manusia


Halangan Bentuk Muka Bumi terhadap Kegiatan Manusia

Tanah Tinggi

1.      Cerun-cerun yang curam di tanah tinggi menyebabkan tanah runtuh dan hakisan tanah.
2.      Kejadian hakisan tanah akan memusnahkan tanaman, harta dan kemudahan awam serta mengorbankan nyawa.
3.      Ia juga akan menyukarkan petempatan, pertanian dan pembinaan jalinan pengangkutan.
4.      Cara-cara mengatasinya termasuk:
a)     menanam pokok dan rumput
b)     pembinaan tembok batu dan simen
c)     pembinaan lereng, teres dan parit takung di cerun bukit yang curam

Tanah Pamah

1.      Kawasan tanah pamah yang rendah adalah berpaya dan sentiasa berair.
2.      Keadaan ini menyebabkan banjir sering berlaku.
3.      Kejadian banjir menyebabkan aktiviti manusia seperti kegiatan pertanian, petempatan dan pembinaan jalinan pengangkutan sukar dijalankan.
4.      Langkah-langkah mengatasi ialah:
a)     menebus kawasan berpaya dengan tanah
b)     membina parit atau tali air untuk mengeringkan kawasan tersebut
c)     membina tembok atau benteng untuk menghalang kemasukan air dari sungai atau laut.


Pinggir Laut

1.      Tebing tinggi yang curam menyebabkan aktiviti pembinaan sukar dijalankan.
2.      Hakisan ombak yang kuat melonggarkan struktur batuan dan tanih di pinggir laut. Akibatnya, tanah runruh mudah berlaku.
3.      Tanah runruh akan mengancam keselamatan manusia dan merosakkan harta benda.
4.      Langkah-langkah mengatasi:
a)     membina tembok untuk mengurangkan hakisan ombak
b)     membina benteng di tepi pantai supaya air laut tidak melimpah ke daratan.


Saliran

1.      Pengaliran sungai yang deras di peringkat hulu menyukarkan pengangkutan air kerana membahayakan bot atau kapal kecil.
2.      Manakala sungai yang berliku-liku di peringkat hilirnya pula menyukarkan pelayaran.
3.      Langkah-langkah mengatasi:
a)     membina empangan atau kolam untuk memperlahankan aliran sungai
b)     meluruskan aliran sungai di peringkat hulunya.

BAB 7 : KEPENTINGAN PELBAGAI BENTUK MUKA BUMI DI NEGARA-NEGARA LAIN


Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Negara-negara Lain

Perbandingan Kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland dengan Tanah Tinggi di Malaysia

Switzerland
Malaysia
1.      Negara yang bergunung-ganang. Kawasan tanah tinggi meliputi sebahagian besar Pergunungan Alps.

2.      Kawasan pergunungannya menggalakkan industri pelancongan kerana
a)           musim panasnya nyaman
b)           musim sejuknya bersalji
c)           tanahnya yang bersalji sesuai untuk kegiatan meluncur salji
d)           pemandangannya indah

3.      Kawasan pergunungannya yang diliputi dengan hutan conifer yang tebal juga penting sebagai
a)           kawasan tadahan
b)           sumber kayu-kayan (pembalakan)

4.      Cerunnya yang curam dan air terjunnya penting sebagai tapak penjanaan kuasa hidroelektrik.
                         
5.      Penanaman hawa sederhana tidak dijalankan di cerun kawasan tanah tinggi kerana
a)           bersalji
b)           sejuk
1.        Tanah tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting merupakan kawasan pelancongan terkenal di Malaysia.

2.         Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting ini terletak di Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia.

3.       Industri pelancongan merupakan kegiatan utama di kedua-dua kawasan tersebut kerana
a)           udaranya segar dan nyaman
b)           pemandangannya indah

4.      Kawasan tanah tinggi yang diliputi dengan hutan hujan tropika yang tebal juga penting sebagai
a)           kawasan tadahan dan legeh
b)           sumber kayu keras (kawasan pembalakan)

5.      Cerunnya yang curam dengan aliran sungai yang deras sesuai dijadikan tapak penjanaan kuasa hidroelektrik. Contohnya:
a)           Empangan Chenderoh
b)           Empangan Temenggor
c)           Empangan Kenyir
d)           Empangan Batang Ai

6.      Penanaman tanaman hawa sederhana giat dijalankan di kawasan ini.


 
Perbandingan Kepentingan Cerun Bukit di Pulau Jawa dengan Cerun Bukit di Malaysia

Pulau Jawa (Indonesia)
Malaysia
1.      Di Pulau Jawa, padi ditanam di kawasan dataran dan juga di cerun bukit.

2.      Padi ditanam di cerun gunung berapi yang berteres kerana
a)     kawasan tanah pamah dan datarannya terhad
b)     penduduknya padat
c)     tanih lava besnya subur.

3.      Penanaman padi berteres di cerun gunung berapi juga mengurangkan hakisan tanih.
1.      Cerun Ttanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang sesuai untuk penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, lobak merah, bunga kobis, tomato buah-buahan dan bunga-bungaan.

2.      Faktor-faktor yang menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana di cerun tanah tinggi ialah
a)     min suhu kira-kira 18oC.
b)     hujan tahunan melebihi 2000 mm
c)     bersaliran baik
d)     bertanih laterit

3.      Tanaman juga secara berteres untuk mengurangkan hakisan tanah.

4.      Pertanian di Tanah Tinggi Cameron dialiri dengan system paip. Tanihnya disuburi dengan penggunaan baja kimia.



Perbandingan Kepentingan Tasik di Kampuchea dan Tasik di Malaysia

Kampuchea
Malaysia
1.      Tonle Sap di Kampuchea merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara.

2.      Perikanan merupakan kegiatan ekonomi terpenting di Tonle Sap.

3.      Kegiatan perikanan di Tonle Sap dijalankan sepanjang tahun. Ikan mudah ditangkap pada musim kemarau kerana airnya cetek.

4.      Tonle Sap juga penting sebagai pusat pelancongan. Pelancong dapat menaiki kapal ke Tonle Sap melalui Sungai Mekong.

5.      Tonle Sap membekalkan air untuk kehunaan domestik penduduk tempatan dan kawasan pertanian (pengairan).

1.      Di Malaysia, Tasik Bera dan TasikChini merupakan tasik semulajadi yang penting.

2.      Tasik Bera dna Tasik Chini penting sebagai kawasan pelancongan dan perikanan air tawar.

3.      Tasik-tasik buatan manusia ialah Tasik Kenyir, Tasik Temenggor, Tasik Chenderoh, Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa

4.      Tasik-tasik ini penting sebagai kawasan pelancongan, pengairan, perikanan air tawar dan penjanaan kuasa hidroelektrik.

5.      Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa penting untuk kegiatan rekreasi.


 
Perbandingan Kepentingan Sungai di Thailand dan Sungai di Malaysia

Thailand
Malaysia
1.      Menam Chao Phraya merupakan sungai utama dan terpanjang di Thailand.

2.      Menam Chao Pharaya merupakan jalan pengangkutan air yang utama di Thailand. Ia digelar sebagai nadi lalu lintas di Thailand.

3.      Menm Chao Phraya penting untuk mengangkut penumpang, kayu balak, hasil pertanian dan hasil perlombongan dari kawasan pedalaman.

4.      Jalinan terusan atau ‘klong’ yang menghubungkan cawangan-cawangan Menam Chao Phraya di deltanya berperanan seperti jalan raya.

5.      Maka Bandar raya Bangkok digelar sebagai ‘Venice Timur’.

6.      Kegiatan ‘pasar apung’ dan pengangkutan ‘klong’ merupakan daya tarikan pelancong.

7.      Empangan dibina merentasi Menam Chao Phraya untuk penjanaan kuasa hidroelektrik dan rancangan pengairan.

8.      Sungai ini membentuk dataran mendap dan delta yang luas untuk penanaman padi dan jut.

1.      Sungai juga merupakan kaedah pengangkutan yang penting di kawasan pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

2.      Jalan pengangkutan yang utama di Malaysia ialah
a)     Sungai Rajang
b)     Sungai Kinabatangan
c)     Sungai Pahang

3.      Sungai Rajang merupakan jalan pengangkutan utama di pedalaman Sarawak. Ia juga penting untuk penjanaan kuasa hidroelektrik.

4.      Sungai Kinabatangan merupakan pengangkutan utama di pedalaman Sabah. Ia juga digunakan untuk mengangkut kayu balak ke kilang atau pelabuhan Sandakan.

5.      Sungai-sungai utama di Malaysia membentuk dataran yang luasa untuk pertanian. Misalnya Delta Rajang (Sungai Rajang), Dataran Kedah (Sungai Kedah) dan Dataran Kelantan (Sungai Kelantan).

6.      Sungai-sungai di Malaysia juga
a)     membekalkan air untuk kegunaan domestik, perindustrian dan perlombongan.
b)     Penternakan ikan air tawar, kerang, ketam dan udnag.