Tuesday 3 April 2012

BAB 6: BENTUK MUKA BUMI & SALIRAN

BENTUK MUKA BUMI DAN SALIRAN
Kedudukan Malaysia
1.    Malaysia terletak di tengah Asia Tenggara dan berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa.
2.    Keluasan Malaysia adalah kira-kira 329 757 km persegi.

Kawasan
Keluasan
(km persegi)
Semenanjung Malaysia
131 665
Sarawak
124 449
Sabah
73 710
Jumlah
329 757

3.    Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah wilayah persekutuan, iaitu
a)    Kuala Lumpur
b)    Pulau Labuan
c)    Putajaya

Bentuk Muka Bumi
1.    Secara amnya, Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis bentuk muka bumi, iaitu
a)    tanah tinggi                        d)    lembangan
b)    tanah pamah                     e)    pinggir laut
c)    dataran
Tanah Tinggi
1.    Tanah tinggi ialah kawasan yang melebihi 180 meter dari aras laut. Contoh tanah tinggi di Malaysia ialah Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker dan Banjaran Bintang.
2.    Hampir 60 peratus daripada muka bumi Malaysia terdiri daripada tanah tinggi.
3.    Tanah tinggi di Malaysia terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan pedalaman Sabah dan Sarawak.
4.    Ciri-ciri utama kawasan tanah tinggi di Malaysia:
a)    terdiri daripada banjaran gunung
b)    panjang dan tinggi
c)    stabil, iaitu bebas daripada aktiviti gunung berapi dan gempa bumi
d)    terdiri daripada batu kapur dan batu granit
e)    banyak gua batu kapur
5.    Banjaran gunung Malaysia adalah sebahagian daripada sistem Banjaran Gunung Asia.
6.    Sistem Banjaran Gunung Asia bermula dari Pusat Perbanjaran Pamir di utara India.
7.    Banjaran Gunung ini menganjur dari Dataran Tinggi Yunnan di Negara China, merentasi Thailand ke Semenanjung Malaysia.
8.    Banjaran gunung di Malaysia terdiri daripada gunung lipat tua.
9.    Gunung lipat terbentuk daripada proses lipatan kerak bumi.
10.  Pergerakan kerak bumi secara besar-besaran akibat daripada kuasa mampatan.
11.  Terdapat dua jenis gunung lipat di benua Asia iaitu
a)    gunung lipat muda
b)    gunung lipat tua

Gunung lipat muda
Gunung lipat tua
a)  Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu
a)  Terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu.
b)  Lebih tinggi dan kurang stabil (terdapat aktiviti gunung berapi) kerana masih mengalami proses pembentukan.
b)  Lebih rendah kerana telah lama mengalami proses penggondolan
c)  Contoh: Banjaran Rocky, Banjaran Andes, dan Banjaran Himalaya.
c)  Banjaran Urai, Banjaran Appalachian, dan Banjaran Titiwangsa.

Banjaran-banjaran Utama di Malaysia
Banjaran Utama
Ciri-ciri Utama
Banjaran Titiwangsa
-     Digelar ‘tulang belakang’ Semenanjung Malaysia.
-     Dikenal juga sebagai Banjaran Besar.
-     Terpanjang di Malaysia kira-kira 480m.
-     Tingginya antara 900m hingga 2100m dari aras laut.
-     Kemuncak tertinggi ialah Gunung Korbu, 2182m dari aras laut.
-     Mempunyai 3 pusat peranginan:
i)      Tanah Tinggi Genting
ii)     Tanah Tinggi Cameron
iii)    Bukit Fraser
-     Mempunyai gua batu kapur yang indah dan menarik.
-     Legeh dan kawasan tadahan utama di Semenanjung Malaysia.

Banjaran Bintang
-    Terletak di sebelah barat Banjaran titiwangsa.
-    Menganjur dari selatan Thailand dan merentasi negeri Perak.
-    Kemuncak tertinggi ialah Gunung Bintang, 1862m.
-    Tempat peranginan utama ialah Bukit Larut.
-    Legeh bagi Sungai Perak dan Sungai Kinta.

Banjaran Tahan
-    Terletak di bahagian timur Banjaran Titiwangsa.
-    Banjaran tertinggi di Semenanjung Malaysia.
-    Kemuncak tertinggi ialah Gunung Tahan, 2187m (tertinggi di Malaysia)
-    Taman Negara terletak di sini.
Banjaran Crocker
-    Banjaran yang tertinggi dan terbesar di Malaysia.
-    Terletak di Sabah.
-    Kemuncak tertingginya ialah Gunung Kinabalu, 4101m (Gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara).
-    Taman Negara Kinabalu dan Taman Negara Crocker terletak di sini.

Banjaran Tama Abu
-    Banjaran utama di Sarawak.
-    Gunung Murud, 2425m (gunung tertinggi di Sarawak)




Tanah Pamah
1.    Kawasan tanah pamah di Malaysia terdiri daripada lembangan sungai, delta dan dataran pantai.
2.    Tanah pamah di pantai barat Semenanjung Malaysia adalah luas dan panjang. Kawasan ini diliputi oleh tanih aluvium yang subur dan berpenduduk padat. Contoh:
a)    Dataran Kedah-Perlis
b)    Dataran Hilir Perak
c)    Dataran Selangor
3.    Tanah pamah di pantai timur Semenanjung Malaysia adalah sempit, terputus-putus dan berpasir. Kawasan ini sering mengalami banjir semasa Monsun Timur laut. Contoh:
a)    Dataran Kelantan
b)    Dataran Terengganu
c)    Dataran Pahang
4.    Dataran Johor merupakan tanah pamah yang beralun, berbukit-bukau dan mempunyai kawasan paya yang luas. Kawasan ini ditanami dengan getah, kelapa sawit dan nanas.
5.    Dataran alluvium yang luas terdapat di sepanjang pantai barat Sarawak. Kawasan ini merupakan dataran yang lebar (antara 30-65 km). Contoh:
a)    Delta Rajang
b)    Dataran Pinggir Laut Sarawak
c)    Dataran Baram
6.    Kawasan tanah pamah di pantai barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus. Namun, kawasan ini adalah lebih maju berbanding kawasan lain. Contoh:
a)    Dataran Labuk
b)    Dataran Segama
c)    Dataran Pantai Timur Sabah

Kepentingan Kawasan Tanah Pamah
Kepentingan
Huraian
Contoh utama

Pertanian

-    Kawasan yang ditimbuni tanih aluvium yang sangat sesuai untuk penanaman padi.

-   Dataran Kedah-Perlis
-   Dataran Seberang Perai
-   Dataran Kelantan
-   Delta Rajang
-    Kawasan dataran dan kaki bukit yang beralun dan bersaliran baik sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit.
-   Dataran Johor
-   Kawasan kaki bukit di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Kawasan petempatan dan tumpuan penduduk

-   Kawasan tumpuan kegiatan ekonomi utama seperti perindustrian, perniagaan dan perdagangan.
-   Kemudahan pengangkutan baik.

-   Kuala Lumpur
-   Johor Bahru
-   Ipoh
-   Georgetown
-   Kuching
-   Kota Kinabalu



Tapak perindustrian

-    Rendah, rata dan luas sesuai untuk pembinaan kilang, rumah pekerja dan jaringan pengangkutan.

-   Lembah Klang
-   Seberang Prai
-   Senai
-   Batu Berendam
-   Likas
-   Bintulu

Tumpuan jalinan jalan raya dan kereta api

-   Kawasan rendah dan rata memudahkan pembinaan jalinan jalan raya dan kereta api.

-   Lembah Klang
-   Tumpat
-   Seberang Prai
-   Johor Bahru

Perlombongan

-     Lembangan sungai dan kawasan tanah pamah kaya dengan mineral.

-  Lembah Kinta (bijih timah)
-   Mamut (kuprum)






Pinggir Laut
  1. Malaysia dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Sulawesi dan Laut Sulu. Semua negeri di Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai kawasan pinggir laut.
  2. Bentuk muka bumi pinggir laut di Malaysia terdiri daripada tebing tinggi, tanjung, teluk, pantai, pulau dan pentas benua.

Bentuk Muka Bumi Pinggir Laut
Huraian

Tebing tinggi

-       Kawasan batuan keras yang bercerun curam di pinggir laut.
-       Penting sebagai kawasan rekreasi dan pusat pelancongan. Contoh: Tebing Tinggi Tanjung Bunga, Pulau Pinang dan Tebing Tinggi Kudat, Sabah.

Tanjung dan Teluk

Tanjung
-       Dataran yang menganjur ke laut.
-       Terdiri daripada batuan keras.
-       Sesuai dibangunkan sebagai kawasan rekreasi dan pusat pelancongan seperti Tanjung Bidara (Melaka), Tanjung Dawai (Kedah) dan Tanjung Datu (Sarawak).
 Teluk
-       Bahagian yang menganjur ke darat
-       Merupakan kawasan air laut di antara dua tanjung.
-       Sering dijadikan sebagai kawasan perkampungan nelayan, kawasan perikanan dan kawasan perkelahan.
-       Kawasan teluk yang terkenal di Malaysia ialah seperti Teluk Kimanis, Teluk Kemang, Teluk Ramunia dan Teluk Bahang.

Pantai

-       Kawasan yang ditimbun oleh pasir dan batu kelikir di sepanjang kawasan pinggir laut.
-       Kawasan pantai di Malaysia merupakan  kawasan pelancongan dan perkelahan. Antaranya ialah Port Dickson, Desaru, Cherating dan Batu Feringghi.

Pulau

-       Sebuah dataran yang dikelilingi oleh laut.
-       Penting sebagai pusat pelancongan dan pelabuhan perikanan.
-       Pulau yang penting sebagai pusat pelancongan ialah Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Perhentian.
-       Pulau yang berfungsi sebagai pelabuhan perikanan ialah Pulau Pangkor, Pulau Ketam dan Pulau Rimau.


Pentas Benua

-       Merupakan dasar laut yang cetek lanjutan dari pinggir laut.
-       Kedalaman pentas benua adalah tidak melebihi 180 meter.
-       Malaysia dikelilingi oleh dua pentas benua iaitu Pentas Sunda dan Pentas Sahul.
-       Merupakan kawasan perikanan yang penting kerana kaya dengan ikan dan plankton (makanan ikan).
-       Juga kaya dengan petroleum dan gas.

No comments:

Post a Comment