Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Negara-negara Lain
Perbandingan Kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland dengan Tanah Tinggi
di Malaysia
Switzerland
|
Malaysia
|
1.
Negara yang bergunung-ganang. Kawasan tanah tinggi
meliputi sebahagian besar Pergunungan Alps.
2.
Kawasan pergunungannya menggalakkan industri
pelancongan kerana
a)
musim panasnya nyaman
b)
musim sejuknya bersalji
c)
tanahnya yang bersalji sesuai untuk kegiatan meluncur
salji
d)
pemandangannya indah
3.
Kawasan pergunungannya yang diliputi dengan hutan
conifer yang tebal juga penting sebagai
a)
kawasan tadahan
b)
sumber kayu-kayan (pembalakan)
4.
Cerunnya yang curam dan air terjunnya penting
sebagai tapak penjanaan kuasa hidroelektrik.
5.
Penanaman hawa sederhana tidak dijalankan di cerun
kawasan tanah tinggi kerana
a)
bersalji
b)
sejuk
|
1.
Tanah tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting
merupakan kawasan pelancongan terkenal di Malaysia.
2.
Tanah Tinggi
Cameron dan Tanah Tinggi Genting ini terletak di Banjaran Titiwangsa di
Semenanjung Malaysia.
3.
Industri
pelancongan merupakan kegiatan utama di kedua-dua kawasan tersebut kerana
a)
udaranya segar dan nyaman
b)
pemandangannya indah
4.
Kawasan tanah tinggi yang diliputi dengan hutan
hujan tropika yang tebal juga penting sebagai
a)
kawasan tadahan dan legeh
b)
sumber kayu keras (kawasan pembalakan)
5.
Cerunnya yang curam dengan aliran sungai yang deras
sesuai dijadikan tapak penjanaan kuasa hidroelektrik. Contohnya:
a)
Empangan Chenderoh
b)
Empangan Temenggor
c)
Empangan Kenyir
d)
Empangan Batang Ai
6.
Penanaman tanaman hawa sederhana giat dijalankan di
kawasan ini.
|
Perbandingan Kepentingan Cerun Bukit di Pulau Jawa dengan Cerun Bukit di
Malaysia
Pulau Jawa
(Indonesia)
|
Malaysia
|
1.
Di Pulau Jawa, padi ditanam di kawasan dataran dan
juga di cerun bukit.
2.
Padi ditanam di cerun gunung berapi yang berteres
kerana
a) kawasan tanah
pamah dan datarannya terhad
b)
penduduknya padat
c)
tanih lava besnya subur.
3.
Penanaman padi berteres di cerun gunung berapi juga
mengurangkan hakisan tanih.
|
1.
Cerun Ttanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi
Kundasang sesuai untuk penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, lobak
merah, bunga kobis, tomato buah-buahan dan bunga-bungaan.
2. Faktor-faktor
yang menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana di cerun tanah tinggi
ialah
a)
min suhu kira-kira 18oC.
b)
hujan tahunan melebihi 2000 mm
c)
bersaliran baik
d)
bertanih laterit
3. Tanaman juga
secara berteres untuk mengurangkan hakisan tanah.
4.
Pertanian di Tanah Tinggi Cameron dialiri dengan
system paip. Tanihnya disuburi dengan penggunaan baja kimia.
|
Perbandingan Kepentingan Tasik di Kampuchea dan Tasik di Malaysia
Kampuchea
|
Malaysia
|
1.
Tonle Sap di Kampuchea merupakan tasik air tawar
terbesar di Asia Tenggara.
2.
Perikanan merupakan kegiatan ekonomi terpenting di
Tonle Sap.
3.
Kegiatan perikanan di Tonle Sap
dijalankan sepanjang tahun. Ikan mudah ditangkap pada musim kemarau kerana
airnya cetek.
4.
Tonle Sap juga penting
sebagai pusat pelancongan. Pelancong dapat menaiki kapal ke Tonle
Sap melalui Sungai Mekong.
5.
Tonle Sap membekalkan air
untuk kehunaan domestik penduduk tempatan dan kawasan pertanian (pengairan).
|
1.
Di Malaysia, Tasik Bera dan TasikChini merupakan
tasik semulajadi yang penting.
2.
Tasik Bera dna Tasik Chini penting sebagai kawasan
pelancongan dan perikanan air tawar.
3.
Tasik-tasik buatan manusia ialah Tasik Kenyir, Tasik
Temenggor, Tasik Chenderoh, Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa
4.
Tasik-tasik ini penting sebagai kawasan pelancongan,
pengairan, perikanan air tawar dan penjanaan kuasa hidroelektrik.
5.
Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa penting untuk
kegiatan rekreasi.
|
Perbandingan Kepentingan Sungai di Thailand dan Sungai di Malaysia
Thailand
|
Malaysia
|
1.
Menam Chao Phraya merupakan sungai utama dan
terpanjang di Thailand.
2.
Menam Chao Pharaya merupakan jalan pengangkutan air
yang utama di Thailand. Ia digelar sebagai nadi lalu lintas di Thailand.
3.
Menm Chao Phraya penting untuk mengangkut penumpang,
kayu balak, hasil pertanian dan hasil perlombongan dari kawasan pedalaman.
4.
Jalinan terusan atau ‘klong’ yang menghubungkan
cawangan-cawangan Menam Chao Phraya di deltanya berperanan seperti jalan
raya.
5.
Maka Bandar raya Bangkok digelar sebagai ‘Venice
Timur’.
6.
Kegiatan ‘pasar apung’ dan pengangkutan ‘klong’
merupakan daya tarikan pelancong.
7.
Empangan dibina merentasi Menam Chao Phraya untuk
penjanaan kuasa hidroelektrik dan rancangan pengairan.
8.
Sungai ini membentuk dataran mendap dan delta yang
luas untuk penanaman padi dan jut.
|
1.
Sungai juga merupakan kaedah pengangkutan yang
penting di kawasan pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
2.
Jalan pengangkutan yang utama di Malaysia ialah
a)
Sungai Rajang
b)
Sungai Kinabatangan
c)
Sungai Pahang
3.
Sungai Rajang merupakan jalan pengangkutan utama di
pedalaman Sarawak. Ia juga penting untuk penjanaan kuasa hidroelektrik.
4.
Sungai Kinabatangan merupakan pengangkutan utama di
pedalaman Sabah. Ia juga digunakan untuk mengangkut kayu balak ke kilang atau
pelabuhan Sandakan.
5.
Sungai-sungai utama di Malaysia membentuk dataran
yang luasa untuk pertanian. Misalnya Delta Rajang (Sungai Rajang), Dataran
Kedah (Sungai Kedah) dan Dataran Kelantan (Sungai Kelantan).
6.
Sungai-sungai di Malaysia juga
a)
membekalkan air untuk kegunaan domestik,
perindustrian dan perlombongan.
b)
Penternakan ikan air tawar, kerang, ketam dan
udnag.
|
thank u ..have perbandingan di indonesia dengan malaysia
ReplyDeletethank u ..have perbandingan di indonesia dengan malaysia
ReplyDelete