Halangan Bentuk Muka Bumi
terhadap Kegiatan Manusia
Tanah
Tinggi
1. Cerun-cerun yang
curam di tanah tinggi menyebabkan tanah runtuh dan hakisan tanah.
2. Kejadian hakisan
tanah akan memusnahkan tanaman, harta dan kemudahan awam serta mengorbankan
nyawa.
3. Ia juga akan
menyukarkan petempatan, pertanian dan pembinaan jalinan pengangkutan.
4. Cara-cara
mengatasinya termasuk:
a) menanam pokok dan
rumput
b) pembinaan tembok
batu dan simen
c) pembinaan lereng,
teres dan parit takung di cerun bukit yang curam
Tanah Pamah
1. Kawasan tanah pamah
yang rendah adalah berpaya dan sentiasa berair.
2. Keadaan ini
menyebabkan banjir sering berlaku.
3. Kejadian banjir
menyebabkan aktiviti manusia seperti kegiatan pertanian, petempatan dan
pembinaan jalinan pengangkutan sukar dijalankan.
4. Langkah-langkah
mengatasi ialah:
a) menebus kawasan
berpaya dengan tanah
b) membina parit atau
tali air untuk mengeringkan kawasan tersebut
c) membina tembok atau
benteng untuk menghalang kemasukan air dari sungai atau laut.
Pinggir Laut
1. Tebing tinggi yang
curam menyebabkan aktiviti pembinaan sukar dijalankan.
2. Hakisan ombak yang
kuat melonggarkan struktur batuan dan tanih di pinggir laut. Akibatnya, tanah
runruh mudah berlaku.
3. Tanah runruh akan
mengancam keselamatan manusia dan merosakkan harta benda.
4. Langkah-langkah
mengatasi:
a) membina tembok
untuk mengurangkan hakisan ombak
b) membina benteng di
tepi pantai supaya air laut tidak melimpah ke daratan.
Saliran
1. Pengaliran sungai
yang deras di peringkat hulu menyukarkan pengangkutan air kerana membahayakan
bot atau kapal kecil.
2. Manakala sungai
yang berliku-liku di peringkat hilirnya pula menyukarkan pelayaran.
3. Langkah-langkah mengatasi:
a) membina empangan
atau kolam untuk memperlahankan aliran sungai
b) meluruskan aliran
sungai di peringkat hulunya.
wow.. sangat bguss ! membantuu ! :D
ReplyDeleteterima kasih...membantu...:D
ReplyDeleteTHANKS
ReplyDeletegood!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteT
ReplyDeleteHa...bagos!! cikgu bgi keje kau celik2 internet plak!!
ReplyDeleteHa...bagos!! cikgu bgi keje kau celik2 internet plak!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewowww.............great info for me....tqqqqqqqqq...........
ReplyDelete