POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
Potensi Bentuk Muka Bumi di Malaysia
1. Tanah Tinggi
-
Tanah tinggi di Malaysia berpotensi sebagai
a)
Pusat peranginan / pelancongan
i.
kawasan tanah tinggi yang indah dengan pemandangan dan
udara yang segar sesuai dibangunkan sebagai pusat peranginan atau pelancongan.
ii. Contoh kawasan
tanah tinggi yang menjadi pusat pelancongan ialah Tanah Tinggi Cameron,
Tanah Tinggi Genting, Bukit Larut, Bukit Bendera dan Gunung Kinabalu.
iii. Gua batu kapur yang
indah juga dimajukan sebagai pusat pelancongan. Misalnya, Gua Niah
(Sarawak), Gua Mulu (Sarawak), Gua Sam Poh (Perak) dan Batu Caves (Selangor).
iv. Kawasan tanah
tinggi yang dimajukan sebagai pusat peranginan dapat menambahkan peluang
pekerjaan dalam bidang perhotelan, agensi pelancongan dan perniagaan
cenderahati.
b)
Kawasan tadahan
i.
kawasan tadahan merupakan kawasan tanah tinggi yang
menjadi punca sungai kerana menerima hujan yang lebat.
ii. Contoh sungai yang
berpunca dari kawasan tanah tinggi di Malaysia ialah Sungai Pahang (Banjaran
Titiwangsa), Sungai Perak (Banjaran Bintang), Sungai Kinabatangan (Banjaran
Brassey) dan Sungai Rajang (Banjaran Iran).
iii. Kawasan tanah
tinggi penting dalam menjamin sumber bekalan air untuk kegiatan
domestic, pertanian, perindustrian dan perlombongan.
c)
Kawasan penjanaan kuasa hidroelektrik
i.
kawasan tanah tinggi yang disaliri oleh sungai yang deras
dapat dimajukan untuk menjana kuasa hidroelektrik.
ii. Antara empangan
yang dibina di kawasan tanah tinggi untuk menjana kuasa hidroelektrik di negara
kita ialah Empangan Temenggor, Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir dan
Empangan Batang Ai.
iii. Penjanaan kuasa
hidroelektrik menjamin sumber bekalan kuasa ke rumah, pejabat dan kilang
dalam negara.
d)
Kawasan penanaman tanaman hawa sederhana
i.
kawasan tanah tinggi di Malaysia sesuai untuk
penanaman hawa sederhana kerana kawasan tersebut mempunyai cerun bukit yang
landai dan bersaliran baik serta mengalami iklim sederhana dengan min suhu 18oC.
ii. kawasan Tanah
Tinggi yang ditanam dengan tanaman hawa sederhana di Malaysia ialah Tanah
Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang.
iii. Tanaman-tanaman
utama yangh ditanam adalah teh, sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan.
2. Tanah Pamah
-
Tanah pamah di Malaysia berpotensi sebagai kawasan
a)
Pertanian
i.
kawasan dataran yang rendah dan ditimbuni tanih
aluvium sesuai untuk penanaman padi.
ii. Kawasan tanah pamah
yang ditanami dengan padi di Malaysia ialah Dataran Kedah-Perlis, Dataran
Kelantan dan Delta Rajang.
iii. Kawasan kaki bukit yang
landai dan beralun pula menggalakkan penanaman getah dan kelapa sawit.
iv. Kawasan kaki bukit
yang merupakan kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia ialah di
Pantai barat Semenanjung Malaysia, Dataran Johor dan Pantai barat Sarawak.
b)
Perlombongan / Perindustrian
i.
kawasan tanah pamah juga sesuai untuk kegiatan
perlombongan.
ii. Kawasan tanah pamah
yang kaya dengan mineral ialah Lembah Kinta dan Kuala Langat (bijih timah),
Mamut (kuprum), Teluk Ramunia (bauksit) dan Lubuk Mandi dan Bau (emas).
iii. Kawasan tanah pamah
juga sesuai untuk dimajukan sebagai tapak perindustrian.
iv. Kawasan
perindustrian ynag terletak di kawasan tanah pamah adalah seperrti Lembah Klang,
Peri, Bintulu, Bayan Lepas dan Inanam.
c)
Pengangkutan
i.
kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan jalinan
pengangkutan.
ii. Kemudahan
pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api mudah dibina di kawasan
tanah pamah kerana:
·
tidak perlu meratakan tanah tinggi
·
tidak perlu menebus guna kawasan paya
·
tidak perlu membina jambatan
d)
Petempatan dan Bandar Utama
i.
Kawasan tanah pamah penting sebagai kawasan petempatan
kerana kebanyakan kegiatan ekonomi bertumpu di kawasan tanah pamah.
ii. Bandar-bandar utama
dalam negara juga bertumpu di kawasan tanah pamah seperti Kuala Lumpur,
Melaka, Johor Bahru, Kelantan, Kuching dan Kota Kinabalu.
3. Pinggir Laut
-
Kawasan pinggir laut di Malaysia berpotensi sebagai
kawasan
a)
Pusat Perikanan
i.
Kawasan pinggir laut yang berteluk dan terlindung
sesuai dibangunkan sebagai tapak pelabuhan perikanan, tapak kampong nelayan dan
kawasan perikanan.
ii. Contoh tapak dan
kawasan perikanan di Malaysia ialah Kuala Besut, Kemaman, Pulau Ketam, Mersing,
Oya, Tawau dan Mukah.
iii. Pembangunan kawasan
pinggir laut sebagai pusat perikanan dapat
·
Menyediakan peluang pekerjaan
·
Menambahkan bekalan makanan protein tempatan
·
Menambahkan eksport ikan
·
Menggalakkan industri sampingan seperti membuat
keropok ikan, membuat jala dan jaring serta kapal menangkap ikan dan industri
memproses dan mengetin ikan.
b)
Tapak Pelabuhan
i.
Kawasan pinggir laut yang panjang dan berteluk sesuai
dimajukan sebagai tapak pelabuhan.
ii. Kawasan pinggir laut
yang dijadikan tapak pelabuhan di Malaysia ialah Pelabuhan Pulau Pinang,
pelabuhan Pasir Gudang dan pelabuhan Kuantan. Kawasan pelabuhan di kawasan ini
mempunyai air yang dalam dan terlindung daripada angina kencang.
c)
Pusat Pelancongan
i.
Kawasan pinggir laut yang bersih dan berpasir sesuai
dimajukan sebagai pusat pelancongan.
ii. Contoh pusat
pelancongan pinggir laut yang terkenal ialah Port Dickson, Teluk Chempedak,
Batu Feringghi dan Pantai Cahaya Abang.
iii. Selain itu,
pulau-pulau yang terdapat di pinggir laut juga menjadi daya tarikan pelancong
seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Gaya.
4. Saliran
-
Sistem saliran di Malaysia penting sebagai kawasan
a)
Tapak tamadun dan pusat perdagangan awal
i.
Lembah dan muara sungai yang luas sesuai dijadikan
sebagai tapak tamadun dan pusat perdagangan awal seperti kuala Sungai Muda
di Kedah, muara Sungai Melaka di Melaka dan lembah Sungai Kinta di Perak.
ii. Pembangunan tapak
tamadun dan pusat perdagangan awal di muara sungai telah menggalakkan perkembangan
bandar-bandar utama dan menggalakkan perdagangan antarabangsa.
b)
Sumber tenaga dan bekalan air
i.
Empangan dibina di peringkat hulu sungai yang
beraliran deras untuk menjana kuasa hidroelektrik dan membekalkan sumber air
untuk kegunaan domestik.
ii. Contoh empangan
yang menjana kuasa hidroelektrik ialah Empangan Chenderoh, Empangan Temnggor,
Empangan Kenyir dan Empangan Batang Ai.
c)
Kawasan pertanian
i.
Sungai di Malaysia memendapkan kelodak dan membentuk
dataran aluvium yang subur untuk pertanian. Contohnya di Dataran Kedah di
Sungai Kedah, Dataran Kelantan di Sungai Kelantan dan Delta Rajang di Sungai
Rajang.
ii. Sungai juga
dijadikan sumber pengairan untuk penanaman padi. Contoh rancangan pengairan di
Malaysia ialah Projek Pengairan Muda, Projek Pengairan Kemubu dan Projek
Pengairan Tanjung Karang.
d)
Jalan Pengangkutan
i.
Kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak menggunakan
sungai sebagai jalan pengangkutan. Sungai yang sering digunakan sebagai jalan
pengangkutan di Malaysia ialah Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan
(Sarawak).
ii. Sungai juga
membantu dalam menghanyutkan kayu balak dari kawasan pedalaman ke kilang.
Contohnya ialah Sungai Kinabatangan.
e)
Kawasan pelancongan
i.
Sungai juga menjadi kawasan pelancongan, rekreasi dan
perkelahan.
ii. Contohnya ialah Air
Terjun Kota Tinggi di Johor dan Air Terjun Sekayu di Terengganu.
f)
Kawasan perikanan
i.
Sungai dan tasik di Malaysia merupakan sumber ikan air
tawar.
ii. Contohnya Sungai
Endau, Sungai Juru, Sungai Bera dan Sungai Kenyir.
g)
Sempadan semula jadi
i.
Sungai juga dijadikan sempadan antarabangsa dan
sempadan negeri.
ii. Sungai Golok di
Kelantan memisahkan Negara kita dengan Thailand manakala Sungai Muda memisahkan
negeri Kedah dengan Pulau Pinang.
iii. Sungai Bernam
memisahkan negeri Perak dengan negeri Selangor manakala Sungai Endau memisahkan
negeri Pahang dengan Johor.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletedi mana halangannya??
ReplyDeleteSaliran
ReplyDeleteBlackpink
ReplyDelete