Tuesday 3 April 2012

BAB 7: POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA


POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

Potensi Bentuk Muka Bumi di Malaysia

1. Tanah Tinggi

-         Tanah tinggi di Malaysia berpotensi sebagai
a)     Pusat peranginan / pelancongan
i.        kawasan tanah tinggi yang indah dengan pemandangan dan udara yang segar sesuai dibangunkan sebagai pusat peranginan atau pelancongan.
ii.     Contoh kawasan tanah tinggi yang menjadi pusat pelancongan ialah Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Bukit Larut, Bukit Bendera dan Gunung Kinabalu.
iii.   Gua batu kapur yang indah juga dimajukan sebagai pusat pelancongan. Misalnya, Gua Niah (Sarawak), Gua Mulu (Sarawak), Gua Sam Poh (Perak) dan Batu Caves (Selangor).
iv.   Kawasan tanah tinggi yang dimajukan sebagai pusat peranginan dapat menambahkan peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan, agensi pelancongan dan perniagaan cenderahati.

b)     Kawasan tadahan
i.        kawasan tadahan merupakan kawasan tanah tinggi yang menjadi punca sungai kerana menerima hujan yang lebat.
ii.     Contoh sungai yang berpunca dari kawasan tanah tinggi di Malaysia ialah Sungai Pahang (Banjaran Titiwangsa), Sungai Perak (Banjaran Bintang), Sungai Kinabatangan (Banjaran Brassey) dan Sungai Rajang (Banjaran Iran).
iii.   Kawasan tanah tinggi penting dalam menjamin sumber bekalan air untuk kegiatan domestic, pertanian, perindustrian dan perlombongan.

c)     Kawasan penjanaan kuasa hidroelektrik
i.        kawasan tanah tinggi yang disaliri oleh sungai yang deras dapat dimajukan untuk menjana kuasa hidroelektrik.
ii.     Antara empangan yang dibina di kawasan tanah tinggi untuk menjana kuasa hidroelektrik di negara kita ialah Empangan Temenggor, Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir dan Empangan Batang Ai.
iii.   Penjanaan kuasa hidroelektrik menjamin sumber bekalan kuasa ke rumah, pejabat dan kilang dalam negara.

d)     Kawasan penanaman tanaman hawa sederhana
i.        kawasan tanah tinggi di Malaysia sesuai untuk penanaman hawa sederhana kerana kawasan tersebut mempunyai cerun bukit yang landai dan bersaliran baik serta mengalami iklim sederhana dengan min suhu 18oC.
ii.     kawasan Tanah Tinggi yang ditanam dengan tanaman hawa sederhana di Malaysia ialah Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang.
iii.   Tanaman-tanaman utama yangh ditanam adalah teh, sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan.


2. Tanah Pamah

-         Tanah pamah di Malaysia berpotensi sebagai kawasan
a)     Pertanian
i.        kawasan dataran yang rendah dan ditimbuni tanih aluvium sesuai untuk penanaman padi.
ii.     Kawasan tanah pamah yang ditanami dengan padi di Malaysia ialah Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan dan Delta Rajang.
iii.   Kawasan kaki bukit yang landai dan beralun pula menggalakkan penanaman getah dan kelapa sawit.
iv.   Kawasan kaki bukit yang merupakan kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia ialah di Pantai barat Semenanjung Malaysia, Dataran Johor dan Pantai barat Sarawak.

b)     Perlombongan / Perindustrian
i.        kawasan tanah pamah juga sesuai untuk kegiatan perlombongan.
ii.     Kawasan tanah pamah yang kaya dengan mineral ialah Lembah Kinta dan Kuala Langat (bijih timah), Mamut (kuprum), Teluk Ramunia (bauksit) dan Lubuk Mandi dan Bau (emas).
iii.   Kawasan tanah pamah juga sesuai untuk dimajukan sebagai tapak perindustrian.
iv.   Kawasan perindustrian ynag terletak di kawasan tanah pamah adalah seperrti Lembah Klang, Peri, Bintulu, Bayan Lepas dan Inanam.

c)     Pengangkutan
i.        kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan jalinan pengangkutan.
ii.     Kemudahan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api mudah dibina di kawasan tanah pamah kerana:
·        tidak perlu meratakan tanah tinggi
·        tidak perlu menebus guna kawasan paya
·        tidak perlu membina jambatan

d)     Petempatan dan Bandar Utama
i.        Kawasan tanah pamah penting sebagai kawasan petempatan kerana kebanyakan kegiatan ekonomi bertumpu di kawasan tanah pamah.
ii.     Bandar-bandar utama dalam negara juga bertumpu di kawasan tanah pamah seperti Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kelantan, Kuching dan Kota Kinabalu.


3. Pinggir Laut

-         Kawasan pinggir laut di Malaysia berpotensi sebagai kawasan
a)     Pusat Perikanan
i.        Kawasan pinggir laut yang berteluk dan terlindung sesuai dibangunkan sebagai tapak pelabuhan perikanan, tapak kampong nelayan dan kawasan perikanan.
ii.     Contoh tapak dan kawasan perikanan di Malaysia ialah Kuala Besut, Kemaman, Pulau Ketam, Mersing, Oya, Tawau dan Mukah.
iii.   Pembangunan kawasan pinggir laut sebagai pusat perikanan dapat
·        Menyediakan peluang pekerjaan
·        Menambahkan bekalan makanan protein tempatan
·        Menambahkan eksport ikan
·        Menggalakkan industri sampingan seperti membuat keropok ikan, membuat jala dan jaring serta kapal menangkap ikan dan industri memproses dan mengetin ikan.

b)     Tapak Pelabuhan
i.        Kawasan pinggir laut yang panjang dan berteluk sesuai dimajukan sebagai tapak pelabuhan.
ii.     Kawasan pinggir laut yang dijadikan tapak pelabuhan di Malaysia ialah Pelabuhan Pulau Pinang, pelabuhan Pasir Gudang dan pelabuhan Kuantan. Kawasan pelabuhan di kawasan ini mempunyai air yang dalam dan terlindung daripada angina kencang.

c)     Pusat Pelancongan
i.        Kawasan pinggir laut yang bersih dan berpasir sesuai dimajukan sebagai pusat pelancongan.
ii.     Contoh pusat pelancongan pinggir laut yang terkenal ialah Port Dickson, Teluk Chempedak, Batu Feringghi dan Pantai Cahaya Abang.
iii.   Selain itu, pulau-pulau yang terdapat di pinggir laut juga menjadi daya tarikan pelancong seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Gaya.


4. Saliran

-         Sistem saliran di Malaysia penting sebagai kawasan
a)     Tapak tamadun dan pusat perdagangan awal
i.        Lembah dan muara sungai yang luas sesuai dijadikan sebagai tapak tamadun dan pusat perdagangan awal seperti kuala Sungai Muda di Kedah, muara Sungai Melaka di Melaka dan lembah Sungai Kinta di Perak.
ii.     Pembangunan tapak tamadun dan pusat perdagangan awal di muara sungai telah menggalakkan perkembangan bandar-bandar utama dan menggalakkan perdagangan antarabangsa.

b)     Sumber tenaga dan bekalan air
i.        Empangan dibina di peringkat hulu sungai yang beraliran deras untuk menjana kuasa hidroelektrik dan membekalkan sumber air untuk kegunaan domestik.
ii.     Contoh empangan yang menjana kuasa hidroelektrik ialah Empangan Chenderoh, Empangan Temnggor, Empangan Kenyir dan Empangan Batang Ai.

c)     Kawasan pertanian
i.        Sungai di Malaysia memendapkan kelodak dan membentuk dataran aluvium yang subur untuk pertanian. Contohnya di Dataran Kedah di Sungai Kedah, Dataran Kelantan di Sungai Kelantan dan Delta Rajang di Sungai Rajang.
ii.     Sungai juga dijadikan sumber pengairan untuk penanaman padi. Contoh rancangan pengairan di Malaysia ialah Projek Pengairan Muda, Projek Pengairan Kemubu dan Projek Pengairan Tanjung Karang.

d)     Jalan Pengangkutan
i.        Kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak menggunakan sungai sebagai jalan pengangkutan. Sungai yang sering digunakan sebagai jalan pengangkutan di Malaysia ialah Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sarawak).
ii.     Sungai juga membantu dalam menghanyutkan kayu balak dari kawasan pedalaman ke kilang. Contohnya ialah Sungai Kinabatangan.

e)     Kawasan pelancongan
i.        Sungai juga menjadi kawasan pelancongan, rekreasi dan perkelahan.
ii.     Contohnya ialah Air Terjun Kota Tinggi di Johor dan Air Terjun Sekayu di Terengganu.

f)      Kawasan perikanan
i.        Sungai dan tasik di Malaysia merupakan sumber ikan air tawar.
ii.     Contohnya Sungai Endau, Sungai Juru, Sungai Bera dan Sungai Kenyir.

g)     Sempadan semula jadi
i.        Sungai juga dijadikan sempadan antarabangsa dan sempadan negeri.
ii.     Sungai Golok di Kelantan memisahkan Negara kita dengan Thailand manakala Sungai Muda memisahkan negeri Kedah dengan Pulau Pinang.
iii.   Sungai Bernam memisahkan negeri Perak dengan negeri Selangor manakala Sungai Endau memisahkan negeri Pahang dengan Johor.





4 comments: